
Sinopsis .....................
Di bilik lokap, kita melihat Komeng menceritakan kisah silamnya pada Daim dan Apek. Dalam flashback, kita menyingkap kisah Komeng, seorang bayi yang telah dibuang, dijumpai dan yang dibela oleh seorang nenek tua. Sejak dari zaman kanak-kanak, dia memang berbadan besar namun kerana sering menjadi ejekan penduduk kampong, dia mudah naik darah. Namun, dia begitu sayang terhadap nenek itu yang dianggapnya sebagai ibunya sendiri. Satu hari, nenek itu meninggal dan Komeng telah dihalau dari kampung itu, memaksanya hidup secara terbiar di jalanan, sehingga satu hari, dia mengamuk dan polis datang menangkapnya.
Terkenang peristiwa itu, Komeng mengamuk dan mula menghentak kepalanya ke dinding. Pak guard, Tony, terus datang dan memukulnya sehingga Komeng pengsan. Cikgu Zakiah nampak perbuatan Tony dan mengadu pada warden. Dia berkata keputusan menahan Daim, Apek dan Komeng adalah tidak wajar dan tidak berhati perut dan mencadangkan hukuman alternatif. Pada mulanya Warden enggan, tetapi Cikgu Zakiah mendesak dengan bijak, lalu Warden terpaksa merehatkan Tony untuk sementara waktu. Warden menghukum Apek dan Daim untuk membantu Auntie di dewan makan.
Komeng yang cedera parah di hantar ke hospital.
Di dewan makan, kita melihat hubungan antara Daim dan Nadia bertambah erat. Nadia merasakan Daim berbeza dari pelajar lain, dan kita lihat bibit-bibit cinta mula berputik.
Namun, Daim terus dibuli oleh Botak dan kuncu-kuncunya. Tidak tahan lagi, Daim teringatkan Black dan Komeng yang telah dihantar ke hospital. Daim mendapat tahu yang Black telah dihantar ke pusat pemulihan yang lain. Jadi Daim merasakan satu-satunya cara untuk dia keluar dari situ adalah dengan melukakan dirinya sendiri agar dapat dihantar ke hospital. Daim membuat cubaan untuk melukakan dirinya, namun dia sempat ditemui oleh Cikgu Zakiah.
Nei sedutan cite dea minggu lalu ......... zasssss ~
SELAMAT MENENGOK ... hikhik !!!!!!
BAEK PUNYER !!!! :'))
0 budak sempoi dtg kumen:
Post a Comment
daa bce kn !!! jgn segan kumen larhh yew ...