SI PELAKU BULI BUKAN HANYA TERDAPAT DI ALAM PERSEKOLAHAN SAHAJA! SEHINGGA USIA MENINGKAT DEWASA, KAMU PASTI BOLEH MENEMUI INDIVIDU SI KAKI BULI INI.
Lazimnya sikap membuli ini akan berhenti dengan sendirinya apabila usia meningkat dewasa. Namun hari ini, faktor usia bukan lagi ukuran. Malah, kita masih lagi mendengar atau melihat individu yang berusia 20-30 tahun kekal membuli. Tak kiralah sama ada rakan sekolej, sepejabat sehinggalah pihak atasan yang berpotensi melakukannya. Tanpa korg sedari, korg juga boleh tergolong dalam kategori ini...
5 Punca Membuli!
Ada banyak sebab yang mencetuskan perlakuan negatif ini di kalangan individu dewasa. Antaranya ialah:
1. Balas Dendam
Mungkin sewaktu usianya masih kecil, dia pernah menjadi mangsa buli. Jadi apabila dia benar-benar yakin bahawa dirinya sudah memiliki kekuatan untuk melawan, dia bangkit untuk membalas dendam dengan membuli golongan-golongan yang dulu pernah melakukan terhadap dirinya dahulu.
2. Berkarakter Agresif
Memang sejak dari azali individu ini memiliki karakter yang agresif. Ada yang agresif menerusi kata-katanya seperti gemar menggunakan kata-kata yang tajam serta menyakitkan hati orang yang mendengarnya. Selain itu, ada individu yang agresif dari segi fizikalnya contohnya bertindak menampar atau menumbuk apabila sedang marah.
3. Curi Perhatian
Si pelaku lazimnya memiliki kekosongan secara emosi dan mengambil jalan mudah mengisinya dengan mencuri perhatian orang lain seperti bertindak kasar. Tujuan utama si pelaku berperlakuan sedemikian adalah semata-mata untuk mendapat reaksi dan tanggapan ‘tersendiri’ daripada orang di sekelilingnya.
4. Pengalaman Peribadi
Misalnya, si A dahulu adalah seorang pelajar yang bijak dan rajin. Tetapi disebabkan dia tidak mempunyai kawan, kehidupannya hanya tertumpu sekitar akademik mengejar karier dan meraih kejayaan. Setelah berkerjaya, si A tetap meneruskan corak kehidupan yang sama. Akibatnya, apabila ada rakan yang tidak gemar dengan cara bekerjanya itu, dia bertindak terus membuli rakannya itu.
5. Tanda Protes
Untuk melindungi perasannya sendiri agar tidak disakiti si pelaku memilih jalan mudah dengan menyakiti orang lain.

0 budak sempoi dtg kumen:
Post a Comment
daa bce kn !!! jgn segan kumen larhh yew ...