Trend Rambut Wow buat si jejaka
RAMBUT PENDEK
Secara amnya, fesyen lelaki yang berambut pendek sesuai untuk pelbagai bentuk muka lelaki. namun begitu bagi si jejaka yang mempunyai bentuk wajah petak atau segi empat sama berambut pendek adalah tidak berapa sesuai. Berambut pendek bagi si jejaka memberikan penampilan yang kemas. Penjagaannya juga mudah. Siapa kata berambut pendek tampak tidak bergaya? Cubalah pelbagai gaya yang ada kini. hanya sapu gel rambut dan gayakannya.
RAMBUT SEDERHANA PANJANG
Fesyen rambut lelaki sederhana panjang membuatkan seseorang itu tampak klasik. Malah ia juga masih tampak kemas jika kamu pandai menyisir rambut. Tambahan lagi ia sesuai buat mereka yang sentiasa mahu tampak lain dari biasa. namun begitu, dari segi penjagaan rambut, perhatian lebih sedikit diperlukan supaya kamu sentiasa tampil dengan gaya kemas walaupun rambut kamu sederhana panjang.
RAMBUT PANJANG
Berambut panjang tidak begitu sesuai buat si jejaka. ini kerana ia sudah sinonim dengan si gadis. namun begitu, hari ini si jejaka yang mempunyai rambut panjang sudah banyak
dapat dilihat. Malah ia sudah menjadi satu ikutan atau ‘trend’. Tidak salah rasanya jika si jejaka mahu berambut panjang asalkan kamu pandai mengayakan rambutmu itu. Sisirlah supaya sentiasa kemas. Jika perlu, ikat rambutmu itu supaya tampil dengan gaya yang tersendiri dan bersih. Buat si adik yang masih bersekolah, ingat! Jika kamu mahu mempunyai rambut yang panjang, tunggulah kamu habiskan persekolahan dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 budak sempoi dtg kumen:
Post a Comment
daa bce kn !!! jgn segan kumen larhh yew ...