assalammualaikum !!! annyeonghaesayo.. i'm fyra ,ORIGINAL Penang punya , tujuan fyra create blog nih , entah !! hahah , yg fyra tao fyra ta penah terpikiaq unn na buad blog2 bagai nih , tp disebabkan ati nih tergerak na buad , terbuad larhh dia , kehkeh .!! fyra na bkongsi cheqita2 n luahan ati fyra gan ampa suma , sudi2 larr ampa baca n komen entri fyra !!! fyra nye blog ta SEGEMPAK cam blog ampa pun , soo jgn arr segan2 erk visit blog fyra n follow fyra , dha follow fyra nty fyra follow ampa blek , okayy tengs !!! cygs ampa :* !!! " Fyra_Michitko"

shuke kan belog shaye !!!

penchenta setia

Hey Gorgeous! Saya Minat Awak

SAAT BERTEMU DENGAN SI DIA IDAMAN HATI, HATI BERBUNGA-BUNGA MAHU BERKENALAN. TAPI, KECUT PERUT PULA KALAU KAMU TAK DILAYAN. CUBALAH AMBIL RISIKO. TIDAK CUBA MAKA KAMU TIDAK TAHU. MARI IKUTI TIP YANG BOLEH DICUBA SAAT MAHU BERKENALAN DENGANNYA.

Tersenyum lebar

Senyum merupakan cara paling senang untuk kamu mengenali seseorang. Jika dengan senyum pun kamu tidak perlu kata apa-apa, pasti senyuman kamu itu akan berbalas. Orang yang suka memberikan senyuman dan juga membalas senyuman ini dapat dikategorikan sebagai peramah. Oleh itu, jika kamu lihat dia bersendirian di kala pesta bersama dengan teman-teman, cubalah senyum kepadanya dan pasti ada pembuka bicara yang akan terhasil nanti.

Sembang ringan
Tidak salah untuk kamu menegur dia terlebih dahulu. Tapi, mestilah ada caranya. Untuk permulaan, cubalah bertegur sapa dengan ramah dan niat yang ikhlas untuk berkenalan. Kemudian, cuba sembang tentang keadaan terkini seperti cuaca, suasana persekitaran mahupun sebarang peristiwa yang berlaku. Jika kamu lihat si dia banyak mendiamkan diri, cubalah beralih ke topik yang lain pula. Jika ia juga tidak berhasil, mungkin lebih baik kamu angkat kaki dan cabut lari. Bukan apa, itu tandanya dia tidak berminat untuk bersembang dengan kamu.

Pura-pura kenal
Hah, taktik ini biasa sangat dilakukan oleh kamu yang berani mati. Boleh sahaja kalau kamu ingin mendekati si dia dengan cara berbohong sedikit. Cakap saja, “Hmm, macam pernah nampak la awak ni. Awak kawan A, kan?”.
Setelah itu, kamu lihatlah reaksi si dia. Pasti si dia terkejut kerana ada yang mengenalinya. Tapi, sudah
pasti tekaan kamu salah dan si dia akan berkata tidak. Jangan lupa untuk meminta maaf dan kemudian, akan terjalinlah satu persahabatan.

Pujian tulus
Tidak kira sang arjuna mahupun si gadis, pasti suka apabila dipuji asalkan ia tidak berlebihan. Cubalah beri sedikit pujian pada penampilannya di kala kamu bertemu dengannya pada pertemuan kali pertama. Siapa tahu dengan cara ini, dia akan lebih terbuka menerima pujian daripada kamu dan akhirnya dia membalas pujian tersebut.

Terus tembak!
Ha, bagi kamu yang memang minat pada seseorang, terusteranglah pada si dia. Daripada kamu terus memendam rasa dan cemburu melihat ada orang lain yang rapat dengannya, apa kata ambil pendekatan terbuka dengan memberitahu si dia. Tapi, jika malu untuk berterusterang, kamu boleh menggunakan bahasa yang tersirat untuk si dia tahu yang kamu sedang meminatinya. Selamat mencuba!

credit ::remaja online 

0 budak sempoi dtg kumen:

Post a Comment

daa bce kn !!! jgn segan kumen larhh yew ...