assalammualaikum !!! annyeonghaesayo.. i'm fyra ,ORIGINAL Penang punya , tujuan fyra create blog nih , entah !! hahah , yg fyra tao fyra ta penah terpikiaq unn na buad blog2 bagai nih , tp disebabkan ati nih tergerak na buad , terbuad larhh dia , kehkeh .!! fyra na bkongsi cheqita2 n luahan ati fyra gan ampa suma , sudi2 larr ampa baca n komen entri fyra !!! fyra nye blog ta SEGEMPAK cam blog ampa pun , soo jgn arr segan2 erk visit blog fyra n follow fyra , dha follow fyra nty fyra follow ampa blek , okayy tengs !!! cygs ampa :* !!! " Fyra_Michitko"

shuke kan belog shaye !!!

penchenta setia

TUDIAAAAA......Kelab Malam Beri Saya Kepuasan!!!!!

Tanpa memikirkan dosa dan pahala , Amir (bukan  nama sebenar ) seakan han yut dalam dunian ya sendiri .  Bermula daripada ajakkan kawan -kawan untuk men cuba ga ya hidup yang baharu , membawanya terjunam ke kancah penuh dosa . Ikuti pengakuan salah  seorang mahasiswa yang ketagih kelab malam ini !



Nak Hidup Senang
“Saya berasal dari negeri nun jauh di Pantai  Timur. Sejujurnya, tempat asal saya jauh beza dengan kota  metropolitan di mana tempat saya belajar. Pada awal semester, saya berkawan dengan Joe yang berasal dari  sini. Saya cemburu melihat dia hidup senang dan dapat apa sahaja yang diingini. Suatu hari, Joe mengajak  sayauntuk menikmati kehidupan  malam yang sebenar. Saya tidak menolak pelawaannya kerana memang  sudah lama saya ingin mencuba semua itu. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana sebab masa tu tak ada  sedikit pun rasa bersalah menghantui diri saya. Apa yang saya tahu, saya ingin hidup senang dan enjoy seperti Joe!,” kata Amir sambil tersenyum bangga.

Rasa Puas!
“Mula-mula menjejakkan kaki ke dalam kelab malam, saya rasa agak janggalsebab tak pernah masuk sebelum ini, lebih-lebih lagi dengan bau yang kurang menyenangkan. Tapi, Joe menyuruh saya mencari teman  untuk menari. Nasib saya sangat baik bila terjumpa denganseorang gadis yang cantik,  seksi dan pandai  menarik minat saya untuk menari dengannya. Lama-lama saya rasa seronok kerana dilayan sebegitu. Dan apa yang pasti, setiap kali saya tension, kelab malamlah menjadi tempat untuk saya release tension. Pendek kata,  kelab malam memberikan saya kepuasan!,” akuinya lagi. Menurut Amir, dia masih mencari keseronokan di kelab malam sehingga kini  kerana baginya kawankawan di sana sahaja yang memahami keinginannya.

Kelab Malam Hanya Untuk Suka-Suka
Sejak berumur 19 tahun lagi Fifi (bukan nama sebenar ) sudah menjejakkan kaki ke kelab malam . Atas   ajakan teman - temannya, Fifi kemudiann ya semakin ketagih untuk ke kelab malam . Lebih -lebih lagi kini dia  sedang belajar dan sentiasa ke kelab malam untuk menenangkan fikiran .

Semua Perempuan
Ketika pertama kali ditemu bual, Fifi tidak segan silu untuk berkongsi pengalamannya yang ketagih untuk ke  kelab malam. Menurutnya, “Biasanya saya akan ke kelab dengan kawankawan tapi semuanya perempuan.  Kalau ada lelaki pun, semuanya di kalangan kawan-kawan kami juga. Kami akan memastikan yang kami pergi dengan orang yang dikenali sebab nak pergi ke tempat tak elok macam tu kena ada geng! Selalunya  kami akan ke kelab malam di sekitar Bukit Bintang. Di sana ada banyak tapi saya selalu tertumpu ke satu  elab sahaja sebab  bila dah biasa lagi senang. Apa yang menarik ialah saya tak pernah keluarkan satu sen pun setiap kali ke sana. Kami akan ke sana dalam kumpulan dan akan ada seorang yang rancang betul-betul, agar  ada pihak yang tolong bayarkan untuk kami.”

Sekadar Menari
“Saya tak kisah kalau orang nak pandang serong atau cakap yang saya jahat sebab saya  tahu apa yang saya  lakukan. Saya ke sana hanyauntuk suka-suka, menari dan tidak lebih dari itu. Memang ramai kawan-kawan   aya yang merokok, mengambil alkohol dan dadah tapi saya tak pernah terjebak dengan semua itu. Keluarga  saya tak tahu tentang perkara ini tapi rasanya kakak saya tahu dan pernah berpesan agar saya pandai  enjaga  iri. Maklumlah apabila berada di tempat macam tu, banyak  perkara yang tidak baik daripada yang elok. Kami pernah dikejar dan diraba oleh orang yang tak dikenali. Semua itu saya kena pandai menghadapinya,  alau tak saya akan terus  hanyut. Tapi sekarang ni saya dah kurang sikit ke kelab malam sebab sibuk dengan  pelajaran. Mungkin suatu hari nanti saya akan terus  berhenti daripada melakukan aktiviti tak sihat ini. Kepada  olongan remaja di luar sana, kalau  boleh elakkan diri daripada terjebak dan pergi ke kelab malam  erana semua itu hanyalah godaan dunia, membazir masa dan tenaga,”  Fifi mengakhiri dengan nasihat yang  sangat berguna kepada remaja.

credit to :: remaja online 

0 budak sempoi dtg kumen:

Post a Comment

daa bce kn !!! jgn segan kumen larhh yew ...