assalammualaikum !!! annyeonghaesayo.. i'm fyra ,ORIGINAL Penang punya , tujuan fyra create blog nih , entah !! hahah , yg fyra tao fyra ta penah terpikiaq unn na buad blog2 bagai nih , tp disebabkan ati nih tergerak na buad , terbuad larhh dia , kehkeh .!! fyra na bkongsi cheqita2 n luahan ati fyra gan ampa suma , sudi2 larr ampa baca n komen entri fyra !!! fyra nye blog ta SEGEMPAK cam blog ampa pun , soo jgn arr segan2 erk visit blog fyra n follow fyra , dha follow fyra nty fyra follow ampa blek , okayy tengs !!! cygs ampa :* !!! " Fyra_Michitko"

shuke kan belog shaye !!!

penchenta setia

Sejarah Cinta Diteruskan Atau Dilupakan

Mengenali si dia sejak dari sekolah lagi bermula daripada hubungan seorang teman bertukar menjadi  kekasih. Namun  setelah tamat sekolah masing -masing mem bawa haluan sendiri . Kini , tan pa diduga si dia hadir kembali dalam hidup kamu . Entah mengapa hati kamu seolah -olah berdebar -debar dan bergetar apabila   mengetahui si dia masihmengharapkan cinta  kamu . Wajarkah cinta ini diteruskan atau han ya dilepaskan berlalu begitu sahaja ? Berikut kebaikan  dan keburukan yang perlu kamu tahu sebelum membuat sebarang keputusan .


Kebaikannya:
Mudah Menyesuaikan Diri
Apa yang pasti, salah satu kebaikannya adalah kamu dan si dia tidak perlu banyak masa untuk menyesuaikan  diri terhadap karakter masing-masing. Apatah lagi kamu berdua telah saling mengenali di antara satu sama lain.

Belajar Daripada Pengalaman Masa Lalu
Cuba ingat kembali apa punca yang menyebabkan hubungan kamu dan si dia putus di tengah jalan. Dari itu  kamu boleh memastikan kesilapan tersebut tidak akan berulang lagi dan kamu dapat menghindarinya agar  hubungan kamu dan si dia kali ini mampu berjalan dengan lancar.

Banyak Perkara Yang Boleh Dikongsi Bersama
Kamu belajar dan membesar dari sekolah yang sama. Oleh itu, tentunya banyak kenangan masa lalu yang  kamu berdua kongsi bersama. Ingatan inilah yang secara tidak langsung akan membuatkan kamu berdua  semakin rapat sehinggakan bila bertemu pasti ada sahaja perkara yang boleh dibualkan dan dikongsi bersama.

Keburukannya:
Tidak Ada Keistimewaan
Risiko untuk kamu merasakan hubungan di antara kamu dan si dia tidak ada sebarang keistimewaan adalah  sangat besar. Ini kerana kamu begitu mengenali si dia, jadi setiap tindak-tanduknya semua di dalam poket  kamu dan yang pasti tidak akan ada sebarang kejutan untuk kamu.

Melayan Kamu Sama Seperti Teman Lain
Berkemungkinan disebabkan si dia mengenali kamu di zaman sekolah lagi, jadi si dia akan melayan kamu  sama seperti temanteman sekolah kamu yang lain dan si dia tidak ada perasaan romantis langsung. Lebih  menyakitkan hati lagi, andai di hujung minggu dia memilih untuk keluar beramai-ramai bersama teman-teman  lain dengan alasan ‘kita sudah biasa bersama-sama’.

Mengungkit Kisah Lalu
Mungkin perpisahan kamu kerana si dia curang. Biarpun kini si dia hadir dengan janji yang baru, namun ada  kalanya kesilapan yang lalu itu begitu sukar untuk dilupakan begitu sahaja. Akibatnya bila ada sahaja  pergaduhan, kisah-kisah lalu itu pasti akan diungkit semula.

credit :: remaja online 

1 comment:

daa bce kn !!! jgn segan kumen larhh yew ...