assalammualaikum !!! annyeonghaesayo.. i'm fyra ,ORIGINAL Penang punya , tujuan fyra create blog nih , entah !! hahah , yg fyra tao fyra ta penah terpikiaq unn na buad blog2 bagai nih , tp disebabkan ati nih tergerak na buad , terbuad larhh dia , kehkeh .!! fyra na bkongsi cheqita2 n luahan ati fyra gan ampa suma , sudi2 larr ampa baca n komen entri fyra !!! fyra nye blog ta SEGEMPAK cam blog ampa pun , soo jgn arr segan2 erk visit blog fyra n follow fyra , dha follow fyra nty fyra follow ampa blek , okayy tengs !!! cygs ampa :* !!! " Fyra_Michitko"

shuke kan belog shaye !!!

penchenta setia

Alamak! Tersalah Diet





Ehhhhhhh !!! ak rase ak ny macam dha gemuk lha ... berat bdn ak cam naek jea ... lemak2 dha bertambah2 ney ... kene diat ny ... (dialog semata-mata ... ehehee !) ... korg penah kan terase situasi camney .... diet mmg lha bagus ... leh turunkan berat bdn kite yg tembun menjadi slim river kann ... tapi bagus dengan cara yg betul ... klu tersalah makan diri jgk kan ... sooo pesanan tuk diri sendrik n korg sume ... na diet tuh agak2 ciked erkkk ... jgn sampi na memudaratkan diri :)) kt bwh nei feyra ade share " tanda-tanda diet yang salah " selamat membaca :) 

p/s :: bukan tuk gurl jea ea . boy puns sme jgk ... :DD 


Tanda-Tanda Diet Yang Salah

Berasa mual, pening dan sesak nafas
Maknanya kamu sedang  mengalami kekurangan karbohidrat di dalam tubuh. Sumber karbohidrat seperti roti, pasta, nasi dan kentang adalah sumber serat, manakala antioksida seperti vitamin E serta selenium pula berfungsi untuk melawan penyakit.

Mudah letih, lesu dan tidak bermaya
Ini bermakna tubuh kamu kekurangan zat besi,  vitamin B12 dan Omega 3. Sering membuang air kecil dan besar Keadaan ini biasanya sering dialami oleh mereka yang mengambil sebarang ubat yang mengandungi diuretik dan tanda-tanda ini menunjukkan kamu tidak sesuai menggunakan ubat tersebut. 

Sering membuang air kecil dan besar
Keadaan ini biasanya sering dialami oleh mereka  yang mengambil sebarang ubat yang mengandungi diuretik dan tanda-tanda ini menunjukkan kamu tidak sesuai menggunakan ubat tersebut.  Itu jangan makan, ini tak boleh makan! Keghairahan kamu untuk menjaga pemakanan seharian memang harus dipuji. Namun jangan sampai pantang larang yang kamu amalkan dalam pemakanan kamu itu boleh memudaratkan diri. Apa gunanya kalau tubuh selangsing ratu sekalipun tetapi khasiat yang sewajarnya tidak diperoleh. Akhirnya kamu sendiri rasa tidak selesa. Ingin tahu sama ada diet yang kamu amalkan ketika ini salah atau tidak, ayuh semak panduan ini.  

5 Kesalahan Diet

1. Tidak bersarapan
Kamu mungkin akan berasa senang hati apabila tidak mengambil sarapan kerana perut kamu akan kelihatan  ramping dan kempis. Awas ya! Tidak mengambil sarapan sebenarnya boleh merosakkan program diet kamu. Kamu akan lebih cenderung untuk mengambil makanan yang berat pada waktu tengah hari akibat terlalu lapar.

2. Ikut kata hati
Selera kamu terhadap ais krim bertambah. Dan kamu mengambil ais krim rendah lemak untuk memenuhi  selera itu dengan harapan ia tidak merosakkan jadual diet kamu. Walaupun ia hanyalah ais krim rendah lemak tetapi kamu tetap tidak boleh mengambilnya secara berlebihan.

3. Makan atas dasar kawan-kawan
Teman-teman kamu memesan pelbagai hidangan istimewa di sebuah restoran. Akibat terpengaruh dengan  mereka, kamu sanggup melanggar diet kamu. Elakkan perkara ini daripada berulang dan kamu perlu mendisiplinkan diri kamu.

4. Tidak timbang berat
Untuk mengetahui sama ada berat kamu naik atau tidak, kamu perlu menimbang berat kamu empat atau lima  kali setiap hari. Jika berat kamu tidak berkurangan atau semakin naik, ini bermakna ada yang tidak kena dengan diet yang kamu amalkan. Jadi lakukan sesuatu. Sebenarnya dengan sentiasa menimbang berat badan akan membuatkan kamu lebih bermotivasi untuk mencapai matlamat. 

5. Terlalu berharap agar berat turun mendadak
Kesabaran penting jika kamu ingin memastikan diet berkesan. Kamu bukan sahaja perlu bersabar untuk tidak  mengambil makanan kegemaran tetapi juga perlu bersabar untuk menunggu berat badan kamu turun. Tetapi ramai yang mengharapkan berat badan turun secara mendadak dan kecewa jika ia tidak berlaku. Usah terlalu berharap. Biar sedikit asalkan hasilnya memuaskan. 

Credit to : Remaja Online 




2 comments:

daa bce kn !!! jgn segan kumen larhh yew ...